Pages

Sunday, August 21, 2011

Belasungkawa Azizi Abdullah


Tanggal 21 Ramadhan, novelis tempatan Azizi Abdullah dijemput Allah SWT. Beliau merupakan ayah saudara kepada bapa mertua saya, adik tok wan yg paling kecil. Saya jarang duduk bersembang dgn arwah, akan tetapi saya banyak ikuti perkembangan beliau. Sumbangan dan kisah beliau sering menjadi perbualan dalam keluarga. Isteri saya sering menceritakan sumbangan dan penglibatan beliau dalam bidang penulisan. Membuatkan saya bangga boleh dikaitkan dengan beliau. Mesra dengan panggilan "Tok Chik" dalam keluarga.

Arwah dilaporkan meninggal pada pagi tadi kira2 jam 0750H dengan COD Acute Coronary Syndrome. Saya dan sekeluarga hanya sempat sampai di Masjid Jamiul di Kulim dan ketika itu telah ditalkinkan. Arwah disembahyangkan selepas Zuhur dan diimamkan oleh sahabt baik arwah iaitu YDP MAIP Ustaz Elias Zakaria.

Semoga Allah menempatkan arwah Tok Chik di tempat yang terbaik..AL FATIHAH


Novelis terkenal, Azizi Abdullah meninggal dunia pagi ini selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pulau Pinang sejak 11 Ogos lalu. 
Penolong Editor Utusan Pengguna, Mohd Ridzuan Mohamad ketika dihubungi, berkata Azizi, 69, meninggal dunia pukul 7.50 pagi di hospital itu.
Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan pada Mac tahun ini dan menjalani pembedahan jantung April.
Namun, keadaan allahyarham tidak stabil akibat komplikasi serangan kuman, kencing manis dan masalah buah pinggang. 
Azizi, bekas guru Pendidikan Islam, terkenal dengan novel “Seorang Tua di Kaki Gunung” ketika naskah itu dijadikan teks wajib sastera Tingkatan Lima kira-kira 20 tahun lalu. 
Mohd Ridzuan berkata, jenazahnya dibawa pulang ke rumahnya di Taman Bersatu, Kulim, Kedah dan dikebumikan selepas zohor. 
Allahyarham bertugas sebagai Editor Utusan Pengguna terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) selepas bersara sebagai guru dan terus aktif berkarya menghasilkan novel serta kritikan politik berunsur satira. 
Dua novel terbarunya “Anak Belantera” dan “Badai Cinta”, baru sahaja memasuki pasaran bebeberapa bulan laLU.
– BERNAMA


Read more:http://suarabawahtanah.com/2011/08/21/azizi-abdullah-meninggal-dunia/#ixzz1VgPoRNtN




Local novelist Azizi Abdullah, 69, dies

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...