Lamanya saya tinggalkan aktiviti blogging ni. Sayang rasanya, elemen istiqamah yg ingin saya terapkan dalam diri kian pudar....
Alhamdulillah Ramadhan 1432H hadir, sedikit sebanyak saya bersemangat untuk memupuk sifat istiqamah dalam diri. Konsep Istiqamah amat luas dan mencakupi semua perkara. Sering kita dengar dalam tazkirah dan juga maslis ilmu, Allah suka pada hambanya yang istiqamah dalah melakukan ibadah, kuantiti menjadi perkara kedua, perkara yang sedikit tetapi dilakukan secara istiqamah lebih disukai dan diberkati.
"Ya Allah, aku mohon rahmat daripada Mu, ampunkanlah dosaku, dosa isteriku, dosa anak-anakku, dosa ibu bapaku, kurniakanlah kami kekuatan untuk istiqamah dalam melakukan ibadah kepada Mu, kami mahu syurga Mu Ya Allah, bantulah kami untuk istiqamah ke arahnya Ya Allah"
Aku mahu istiqamah dalam membaca Al-Quran!!!!!!
No comments:
Post a Comment