Bulan Ramadhan merupakan satu rahmat daripada Allah. Ianya satu bulan tarbiah yang penuh dengan elemen pendidikan daripada Allah yang maha berkuasa kepada hambanya yang dikasihi. Tarbiah ini diserta dengan peluang untuk direbut yang akan menjadi satu saham jangka masa panjang untuk dituai di akhirat kekal abadi.
Antara elemen tarbiah adalah dalam bentuk ujian rasa sakit. Rasa sakit, kurang sihat, demam adalah satu fasa dalam kehidupan dimana tubuh badan berada dalam kondisi yang tidak menyenangkan. Lumrah dan fitrah manusia untuk segera keluar daripada rasa tidak selesa ini. Justeru banyak perkara akan dilakukan antaranya berubat dengan ubat ubatan, terapi tambahan untuk memberi keselesaan dan juga rasa prihatin dan kasihan daripada insan tersayang.
Saya diuji seawal hari pertama dengan masalah Gastroesophageal Reflux Disease (GERD). Apa yang saya rasa?Perut mengeras, asyik belehak (sendawa dalam bahasa utara) dan saya rasa seperti sembelit. SUngguh tidak selesa. Terapai dimulakan dengan pengambilan MMT, disusuli dengan agen topikal minyak kembong perut anak saya dan juga urutan mesra isteri tercinta. Simptom berkurangan....
Apa yg ingin saya tekankan disini adalah saya kekurangan satu usaha lagi iaitu memohon bantuan dari Yang Maha Berkuasa dan berserah kepadanya. Ini merupakan yg utama dan segala usaha tadi adalah tergolong dalam elemen usaha yang kita lakukan. Marilah kita sama sama bermohon kepadaNya.
Hujung minggu lepas giliran Hafiy pula... Bermula sejurus selepas bangun , Hafiy muntah muntah dan tak lalu makan, selepas duduk seketika selepas minum Hafiy akan muntah. Saya mohon bantuan Allah dan berusaha dengan Smecta dan sedikit probiotik....Alhamdulillah selepas tghari Hafiy sudah tak muntah.
Pagi ini giliran Hadif pula, kasihan si kecil, tidur diganggu rasa tidak selesa dan seterusnya muntah, dua kali terjadi. Afni terpaksa melayan karenahnya sehingga nyenyak tidur semula kira kira jam 5 pagi. Ketika ini hanya sapukan sedikit minyak kombong perut dan memantau... Semoga Allah permudahkan Hadif selepas ini
"Ya Allah, aku memohon rahmatMu Ya Allah, sembuhkanlah dan permudahkan anakku Hadif"
" Aku mohon dijauhi sifat riak dan takabbur, Ya Allah"
ksiannya abg wan...diuji berterusan,,semoga kalian sekeluarga dalam keadaan sihat hendaknya... aminnnn....
ReplyDelete