Cancer stats on 2006....
www.makna.org.my/PDF/MalaysiaCancerStatistics.pdf
JourneyOfMyLife
An epic journey to gain new experience, to learn from it and create a meaningful chapter of life.
Saturday, October 27, 2012
Monday, October 10, 2011
Sunday, August 21, 2011
The Power Of Words BISMILLAH ALLAH HU AKBAR
Subhanallah, terpegun saya melihat video ini, sesungguhnya Allah merupakan tuhan yg mengusai sekalian alam. Makhluk Allah adalah segala yg ada di bumi. Justeru apabila dibacakan nama Allah kepadanya, terbukti dan terserlah sifat kehambaan yang meyakini kekuasaan Allah SWT.
"Total Submission" itulah yg ditunjukkan oleh si kambing dalam video itu. Satu sifat yg perlu sama2 kita fikirkan sebagai makhluk Allah yg diberikan akal untuk mencari kebesaran dan kekuasaan Allah. Sesungguhnya kepada Allah tempat untuk kita berserah dan mengadu dalam segala hal. Kita seharusnya kembali kepada Allah di kala kita diuji, hatta di kala kita dalam keadaan gembira pun. Setelah itu, ianya juga harus diselitkan elemen kesyukuran di atas nikmat yg diberi agar kita menjadi hamba yg berterima kasih dan bersyukur. Antara cara yg mudah untuk bersyukur adalah dengan mengakui kebesaran dan kekuasaan Allah melalui penciptaan alam ini.
Kitak tak perlu pergi jauh untuk mencari kekuasaan Allah, cukup sekadar dengan melihat dan memikirkan penciptaan kita sebagai manusia. Untuk konteks yang lebih luas, alam yg indah dan terbentang luas ini telah menyediakan begitu banyak persoalan kajian untuk sama sama kita fikirkan
"Ya Allah, sesungguhnya engkaulah Tuhan yang memiliki dan menguasai segala di langit dan dibumi, aku sebagai hamba adalah sangat kerdil, aku mohon ampun atas segala riyak dan takabbur ku, berikanlah aku hidayah dan petunjuk dalam menjalankan tugas khalifah di bumi Mu Ya Allah"
Saya cukup berterima kasih kepada mereka yang menghasilkan video ini.
Labels:
The Power Of Bismillah
Belasungkawa Azizi Abdullah
Tanggal 21 Ramadhan, novelis tempatan Azizi Abdullah dijemput Allah SWT. Beliau merupakan ayah saudara kepada bapa mertua saya, adik tok wan yg paling kecil. Saya jarang duduk bersembang dgn arwah, akan tetapi saya banyak ikuti perkembangan beliau. Sumbangan dan kisah beliau sering menjadi perbualan dalam keluarga. Isteri saya sering menceritakan sumbangan dan penglibatan beliau dalam bidang penulisan. Membuatkan saya bangga boleh dikaitkan dengan beliau. Mesra dengan panggilan "Tok Chik" dalam keluarga.
Arwah dilaporkan meninggal pada pagi tadi kira2 jam 0750H dengan COD Acute Coronary Syndrome. Saya dan sekeluarga hanya sempat sampai di Masjid Jamiul di Kulim dan ketika itu telah ditalkinkan. Arwah disembahyangkan selepas Zuhur dan diimamkan oleh sahabt baik arwah iaitu YDP MAIP Ustaz Elias Zakaria.
Semoga Allah menempatkan arwah Tok Chik di tempat yang terbaik..AL FATIHAH
Novelis terkenal, Azizi Abdullah meninggal dunia pagi ini selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pulau Pinang sejak 11 Ogos lalu.
Penolong Editor Utusan Pengguna, Mohd Ridzuan Mohamad ketika dihubungi, berkata Azizi, 69, meninggal dunia pukul 7.50 pagi di hospital itu.
Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan pada Mac tahun ini dan menjalani pembedahan jantung April.
Namun, keadaan allahyarham tidak stabil akibat komplikasi serangan kuman, kencing manis dan masalah buah pinggang.
Azizi, bekas guru Pendidikan Islam, terkenal dengan novel “Seorang Tua di Kaki Gunung” ketika naskah itu dijadikan teks wajib sastera Tingkatan Lima kira-kira 20 tahun lalu.
Mohd Ridzuan berkata, jenazahnya dibawa pulang ke rumahnya di Taman Bersatu, Kulim, Kedah dan dikebumikan selepas zohor.
Allahyarham bertugas sebagai Editor Utusan Pengguna terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) selepas bersara sebagai guru dan terus aktif berkarya menghasilkan novel serta kritikan politik berunsur satira.
Dua novel terbarunya “Anak Belantera” dan “Badai Cinta”, baru sahaja memasuki pasaran bebeberapa bulan laLU.
Dua novel terbarunya “Anak Belantera” dan “Badai Cinta”, baru sahaja memasuki pasaran bebeberapa bulan laLU.
– BERNAMA
Read more:http://suarabawahtanah.com/2011/08/21/azizi-abdullah-meninggal-dunia/#ixzz1VgPoRNtN
Local novelist Azizi Abdullah, 69, dies
Labels:
Azizi Abdullah
Monday, August 15, 2011
Google's Driverless Car
Just learn that today, automotive industries is in race for a future high-tech car like Driverless car. A series of test has been carried out and even in some place like Nevada, it is already at implementation level. Would it be useful, I think we should give a try...
http://blog.cargurus.com/2011/08/15/driverless-cars-a-future-of-drinking-and-driving-lies-ahead
Labels:
Driverless Car
Giliran Hadif Pula...
Bulan Ramadhan merupakan satu rahmat daripada Allah. Ianya satu bulan tarbiah yang penuh dengan elemen pendidikan daripada Allah yang maha berkuasa kepada hambanya yang dikasihi. Tarbiah ini diserta dengan peluang untuk direbut yang akan menjadi satu saham jangka masa panjang untuk dituai di akhirat kekal abadi.
Antara elemen tarbiah adalah dalam bentuk ujian rasa sakit. Rasa sakit, kurang sihat, demam adalah satu fasa dalam kehidupan dimana tubuh badan berada dalam kondisi yang tidak menyenangkan. Lumrah dan fitrah manusia untuk segera keluar daripada rasa tidak selesa ini. Justeru banyak perkara akan dilakukan antaranya berubat dengan ubat ubatan, terapi tambahan untuk memberi keselesaan dan juga rasa prihatin dan kasihan daripada insan tersayang.
Saya diuji seawal hari pertama dengan masalah Gastroesophageal Reflux Disease (GERD). Apa yang saya rasa?Perut mengeras, asyik belehak (sendawa dalam bahasa utara) dan saya rasa seperti sembelit. SUngguh tidak selesa. Terapai dimulakan dengan pengambilan MMT, disusuli dengan agen topikal minyak kembong perut anak saya dan juga urutan mesra isteri tercinta. Simptom berkurangan....
Apa yg ingin saya tekankan disini adalah saya kekurangan satu usaha lagi iaitu memohon bantuan dari Yang Maha Berkuasa dan berserah kepadanya. Ini merupakan yg utama dan segala usaha tadi adalah tergolong dalam elemen usaha yang kita lakukan. Marilah kita sama sama bermohon kepadaNya.
Hujung minggu lepas giliran Hafiy pula... Bermula sejurus selepas bangun , Hafiy muntah muntah dan tak lalu makan, selepas duduk seketika selepas minum Hafiy akan muntah. Saya mohon bantuan Allah dan berusaha dengan Smecta dan sedikit probiotik....Alhamdulillah selepas tghari Hafiy sudah tak muntah.
Pagi ini giliran Hadif pula, kasihan si kecil, tidur diganggu rasa tidak selesa dan seterusnya muntah, dua kali terjadi. Afni terpaksa melayan karenahnya sehingga nyenyak tidur semula kira kira jam 5 pagi. Ketika ini hanya sapukan sedikit minyak kombong perut dan memantau... Semoga Allah permudahkan Hadif selepas ini
"Ya Allah, aku memohon rahmatMu Ya Allah, sembuhkanlah dan permudahkan anakku Hadif"
" Aku mohon dijauhi sifat riak dan takabbur, Ya Allah"
Labels:
GERD,
Tarbiah Ramadhan
Sunday, August 14, 2011
Lamanya tak menulis
Lamanya saya tinggalkan aktiviti blogging ni. Sayang rasanya, elemen istiqamah yg ingin saya terapkan dalam diri kian pudar....
Alhamdulillah Ramadhan 1432H hadir, sedikit sebanyak saya bersemangat untuk memupuk sifat istiqamah dalam diri. Konsep Istiqamah amat luas dan mencakupi semua perkara. Sering kita dengar dalam tazkirah dan juga maslis ilmu, Allah suka pada hambanya yang istiqamah dalah melakukan ibadah, kuantiti menjadi perkara kedua, perkara yang sedikit tetapi dilakukan secara istiqamah lebih disukai dan diberkati.
"Ya Allah, aku mohon rahmat daripada Mu, ampunkanlah dosaku, dosa isteriku, dosa anak-anakku, dosa ibu bapaku, kurniakanlah kami kekuatan untuk istiqamah dalam melakukan ibadah kepada Mu, kami mahu syurga Mu Ya Allah, bantulah kami untuk istiqamah ke arahnya Ya Allah"
Aku mahu istiqamah dalam membaca Al-Quran!!!!!!
Alhamdulillah Ramadhan 1432H hadir, sedikit sebanyak saya bersemangat untuk memupuk sifat istiqamah dalam diri. Konsep Istiqamah amat luas dan mencakupi semua perkara. Sering kita dengar dalam tazkirah dan juga maslis ilmu, Allah suka pada hambanya yang istiqamah dalah melakukan ibadah, kuantiti menjadi perkara kedua, perkara yang sedikit tetapi dilakukan secara istiqamah lebih disukai dan diberkati.
"Ya Allah, aku mohon rahmat daripada Mu, ampunkanlah dosaku, dosa isteriku, dosa anak-anakku, dosa ibu bapaku, kurniakanlah kami kekuatan untuk istiqamah dalam melakukan ibadah kepada Mu, kami mahu syurga Mu Ya Allah, bantulah kami untuk istiqamah ke arahnya Ya Allah"
Aku mahu istiqamah dalam membaca Al-Quran!!!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)